Pakej Umrah & Haji MKM 2019M/1440H

Hubungi kami lebih lanjut mengenai pakej-pakej terhebat MKM bagi tahun 2019.

Tn Hj Safuan 019 70000 79
Office 03 7831 6740

Isi butiran maklumat dengan lengkap.

Terma & Syarat Tambahan

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT TAMBAHAN MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

Anda adalah dinasihatkan supaya membaca dengan teliti terma-terma dan syarat-syarat tambahan ini sebelum bersetuju untuk melanggani pakej umrah atau percutian MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.

Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah tambahan kepada peruntukan terma dan syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992. Ianya tidak mengurangkan kuatkuasa peruntukan jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 dan di mana terdapat sebarang percanggahan, terma dan syarat di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 adalah terpakai.

Sebaik sahaja anda membayar deposit dan/atau menandatangani persetujuan untuk melanggani pakej umrah atau percutian MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd., anda telah terikat melalui kontrak dengan pihak MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua terma-terma dan syarat-syarat tambahan ini.

KETEPATAN BUTIRAN ATAU MAKLUMAT PERIBADI SEMASA PENEMPAHAN PAKEJ
Semasa penempahan pakej, semua butiran yang anda beri kepada MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah maklumat yang akan diguna pakai oleh syarikat bagi menyempurnakan pakej yang dilanggani. Anda dikehendaki menyemak semua butiran / maklumat peribadi sendiri sebelum membuat pembayaran deposit dan sekiranya tiada pembetulan dibuat, semua maklumat diberi adalah dianggap benar dan muktamad.

MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang kejadian atau masalah yang timbul akibat dari kesilapan butiran atau maklumat peribadi yang anda beri.

Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengisytiharkan tahap kesihatan anda sebelum membuat pembayaran deposit. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak untuk menolak tempahan sekiranya tahap kesihatan anda didapati membahayakan kesihatan dan keselamatan diri sendiri atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota lain di dalam kumpulan pelancongan anda.

Sekiranya anda memerlukan bantuan disebabkan oleh tahap kesihatan anda, anda diwajibkan membawa ahli keluarga lain untuk membantu anda sepanjang perjalanan dan membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi roda dan ubat-ubatan sendiri.

MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga anda secara peribadi atau memberikan ubat-ubatan sekiranya sakit. Sekiranya keadaan anda memerlukan penjagaan secara peribadi, MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak mengenakan bayaran tambhan kepada anda bagi mengupah pihak ketiga untuk menjaga anda.

PENGESAHAN MAKLUMAT SERTA BUTIRAN PAKEJ YANG BETUL
Anda dikehendaki menyemak maklumat mengenai pakej yang ditempah sebelum membuat pembayaran deposit termasuk tetapi tidak terhad kepada harga pakej, tarikh penerbangan pergi dan balik dan waktu berlepas dan ketibaan, pakej yang dipilih termasuk hotel penginapan dan jenis bilik yang dipilih dan lain-lain maklumat seperti yang tertera pada resit pembayaran dan/atau surat pengesahan. Anda adalah dianggap telah bersetuju dengan semua maklumat di dalam resit atau surat pengesahan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko atau kos tambahan pada pakej anda dalam tempoh 24 jam dari tarikh resit atau surat pengesahan dikeluarkan.

PEMBAYARAN PAKEJ
MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. hanya menerima pembayaran secara tunai, draf bank atau cek persendirian. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak menahan penempahan pakej anda sehingga penunaian bayaran deposit melalui draf bank atau cek persendirian anda. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak bertanggunjawab sekiranya pakej yang anda tempah telah habis dijual akibat kelewatan penunaian draf bank atau cek persendirian anda. Bagi pembayaran pakej yang kurang dari 7 hari bekerja sebelum tarikh penerbangan, MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak untuk menolak pembayaran secara cek persendirian sekiranya tiada pembayaran pakej secara tunai dibuat, boleh mengakibatkan pakej anda terbatal secara automatik dan mana-mana bayaran pakej yang telah dibayar dilucuthak mengikut Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992

TIKET PENERBANGAN
Pakej anda adalah termasuk tiket penerbangan dari KLIA/KLIA2 ke destinasi yang dituju sahaja tetapi tidak termasuk tiket penerbangan domestik ke KLIA/KLIA2. Walaupun surat pengesahan beserta jadual penerbangan anda telah dicetak, jadual tersebut masih tertakluk kepada pindaan oleh syarikat penerbangan. Oleh yang demikian, sekiranya berlaku sebarang perubahan atau pindaan jadual penerbangan, MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menangggung sebarang gantirugi termasuk tetapi tidak terhad kepada menggantirugi bayaran perubahan tiket domestik, hotel tambahan, atau lain-lain kesusahan akibat dari pindaan tersebut, MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi yang timbul akibat dari pertukaran jadual, kelewatan, pembatalan, missed connection, masalah teknikal, cuaca buruk, penyusunan semula tempat duduk di dalam penerbangan, kehilangan / kelewatan bagasi, kelewatan pemeriksaan imigresen dan/atau penolakan menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan.

PENGINAPAN HOTEL
1. Klasifikasi Penginapan
Taraf bintang hotel yang dinyatakan di dalam mana-mana iklan, brosur atau surat menyurat dari MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. Bhd. adalah pentarafan yang diberikan oleh pihak hotel tersebut kepada MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. sebagai rujukan sahaja. Pentarafan hotel dan jumlah bintang mungkin berbeza dari satu negara ke negara yang lain. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh memberi sebarang jaminan tentang kesesuaian hotel tersebut mengikut pentarafan hotel seperti yang diiklankan. anda tidak boleh membatalkan pakej anda di atas alasan kekhilafan pentarafan hotel.

2. Perubahan Hotel
MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak untuk mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyatakan didalam brosur atau surat pengesahan pakej di atas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik dengan syarat notis awal dimaklumkan kepada anda sekurang-kurangnya 24 jam dari tarikh masuk ke hotel tersebut. Sekiranya berlaku, MMKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak memberi jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf atau lebih baik. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi sebarang masalah yang timbul akibat dari penggantian hotel penginapan tersebut.

3. Polisi Hotel
Polisi mengenai waktu kemasukan (check-in) dan keluar (check-out) hotel penginapan adalah berbeza mengikut polisi hotel berkenaan. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang anda alami akibat dari kuatkuasa polisi check-in dan check-out hotel berkenaan.

4. Jenis dan Klasifikasi Bilik
Jenis dan Klasifikasi bilik termasuk ameniti (kemudahan) yang disediakan di dalam bilik tersebut adalah berbeza mengikut hotel dan negara destinasi. MKM Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak memberi jaminan bahawa bilik penginapan anda akan sama seperti yang digambarkan di dalam iklan atau brosur kami. MKM Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti kesusahan yang anda alami akibat dari perbezaan jenis dan klasifikasi bilik yang anda terima atau disebabkan oleh kekurangan ameniti yang ada di dalam bilik tersebut.

ATURCARA PAKEJ
1.Tiada Jaminan Kesusaian Aturcara
Walaupun MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik, MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak memberi jaminan bahawa semua aturcara yang disediakan adalah tidak berisiko dan sesuai untuk semua peringkat umur atau individu yang mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti sekiranya timbul sebarang masalah, kesakitan, kecelakaan atau kematian akibat dari mana-mana bahagian aturcara pakej yang anda ikuti samada aturcara tersebut dinyatakan di dalam surat pengesahan, iklan atau brosur MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. atau aturcara pilihan anda sendiri. Anda adalah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengamalkan sikap berhati-hati sepanjang mengikuti pakej MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd..

2. Kemungkinan Pertukaran Aturcara
Tertakluk kepada peraturan 9 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992, sekiranya berlaku pertukaran aturcara dan MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. terpaksa mengadakan aturcara alternatif sebagai ganti. MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab untuk memastikan bahwa aturcara alternatif tersebut menyamai kos atau mempunyai nilai yang serupa dengan aturcara asal yang diganti.

PERLINDUNGAN INSURANS PERJALANAN TAMBAHAN
MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. hanya menyediakan perlindungan takaful berkelompok yang terhad seperti yang dinyatakan di dalam brosur. Sepertimana peruntukan peraturan 12 jadual Keeempat Akta Industri Pelancongan 1992, anda adalah sangat disarankan untuk mengambil insurans perjalanan tambahan untuk melindungi perjalanan anda. Anda bebas memilih syarikat insurans yang bersesuaian dengan keperluan anda dan jenis perlindungan yang terbaik untuk diri anda.
– Apabila anda memilih untuk tidak mengambil insurans perjalanan tambahan, ianya bermaksud anda telah mengetahui dan bersetuju untuk menerima liabiliti dan risiko penalti pembatalan, gantirugi dan perbelanjaan tambahan di luar jangkaan termasuk tetapi tidak terhad kepada perbelanjaan.
– Sekiranya anda telah membeli insurans tambahan, anda adalah dinasihatkan supaya menyemak semula terma-terma yang terkandungdi dalam polisi insurans tersebut bagi memastikan bahwa perlindungan yang diperolehi mencukupi.

MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SEBAGAI PIHAK KETIGA / PIHAK BERKECUALI
MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah hanya perantara di antara anda dan syarikat penerbangan, syarikat hotel penginapan, syarikat pengankutan dan/atau pembekal perkhidmatan (ground supplier). MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah bukan pemilik atau pengendali mana-mana syarikat penerbangan atau pengankutan, hotel penginapan atau mana-mana tempat lawatan atau mana-mana pembekal yang berkaitan dengan pakej anda. oleh yang demikian, MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa kehilangan, kerosakan kelewatan kesusahan atau kecederaan yang menimpa anda akibat dari pecah kontrak, peninggalan samada disengajakan atau tidak atau kecuaian oleh syarikat penerbangan, syarikat hotel penginapan, syarikat pengankutan dan/atau pembekal perkhidmatan (ground supplier).

adminmkm

Graphic/Web Designer

Hubungi!