Pakej Umrah & Haji MKM 2019M/1440H

Hubungi kami lebih lanjut mengenai pakej-pakej terhebat MKM bagi tahun 2019.

Tn Hj Safuan 019 70000 79
Office 03 7831 6740

Isi butiran maklumat dengan lengkap.

SYARAT DAFTAR PAKEJ HAJI MKM TICKETING TRAVEL & TOURS (MKM) Pengelola Jemaah Haji (PJH) tahun 1439H/2018M

SYARAT PENDAFTARAN HAJI DENGAN PAKEJ MKM
▪ Jemaah telah mendaftar haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) sekurang-kurangnya 6 tahun ATAU tahun 2011 dan ke bawah.
▪ Telah mengemukakan rayuan ke TH untuk menunaikan ibadat haji musim ini 1439H/2018M bagi yang bukan tahun peruntukkan/layak.
▪ Bagi jemaah berstatus rayuan peluang untuk mendapat tawaran terpilih tertakluk pada kelulusan oleh pihak TH.

PENGESAHAN PENDAFTARAN PJH- MKMTT -1439H
▪ Borang pendaftaran Pakej Haji MKM hendaklah diisi dengan lengkap (Alamat surat menyurat , No K/Pengenalan, Tarikh Lahir, No Akaun TH, Tarikh dan No Pendaftaran Haji)
▪ Kemukakan salinan Slip Pendaftaran Haji (yang dikeluarkan oleh pihak TH).
▪ Isi butir-butir pengikut yang pergi bersama dengan lengkap
▪ Isikan ruangan maklumat waris dengan lengkap yang mudah untuk dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan.
▪ Sertakan 4 keping gambar ukuran passport ATAU visa semasa mendaftar (sila catitkan nama dan No K/P di bahagian belakang gambar).

MENGISI BORANG PAKEJ HAJI MKM 1439H
▪ Bakal JH hendaklah mengisi Borang PJH- MKMTT -1439H dengan lengkapnya
▪ Borang PJH- MKMTT -1439H hendaklah di isi dalam 1 salinan serta turunkan di Cop Ibu Jari Kiri serta tandatangan diruangan yang disediakan sebagai tanda perakuan dan memahami segala syarat-syarat penerimaan tawaran pakej dengan menggunakan inkpad warna hitam sahaja.
▪ Dilarang sama sekali menggunakan stamp pad atau apa-apa warna sekalipun dan tidak dibenarkan cop jari bagi pihak Jemaah Haji (yang tidak dapat hadir semasa pendaftaran dibuat sama ada suami/ Isteri /ayah/ ibu/saudara mara dll termasuk pegawai yang menerima pendaftaran jemaah).

KADAR BAYARAN PAKEJ HAJI PJH MKM
▪ Setiap bakal jemaah haji bertanggungjawab mencukupkan Bayaran Haji pada kadar Bayaran Haji Jemaah Haji Muassasah terlebih dahulu minimanya adalah RM11,200.00 sebelum 29 Sya’ban 1439H bersamaan 2018M.
▪ Bagi jemaah yang telah menerima surat tawaran(Terpilih dari TH) bayaran pendahuluan (deposit) RM5,000.00 hendaklah dijelaskan semasa pendaftaran, sementara bayaran penuh pakej hendaklah dijelaskan sebelum 29 Syaaban 1439H atau lebih awal mengikut ketetapan pihak MKM.
▪ Tiada bayaran balik untuk perkhidmatan yang tidak digunakan atas sebab peribadi. Perkhidmatan tambahan dari perkhidmatan asal adalah di luar harga asal pakej dan akan dikenakan bayaran tambahan.

JADUAL PENERBANGAN HAJI
▪ Jadual Penerbangan Jemaah Haji (PJH) akan hanya dikeluarkan setelah mendapat pengesahan dari TH. Bakal Haji tidak dibenarkan (oleh pihak TH) memilih tarikh penerbangan sendiri.
▪ Jemaah Haji akan diperuntukan jadual pergi/balik dalam tempoh hari yang ditetapkan. Permohonan perlu kerana jadual penerbangan di Tanah Suci adalah tertakluk kekosongan dan kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi & Penerbangan Tabung Haji Mekkah.

Jemaah dianggap terkeluar daripada perkhidmatan Pakej Haji sekiranya:
a) Ingin ke Madinah lebih awal atau lewat
b) Ingin pulang ke tanah air (Malaysia) lebih awal atau lewat dari jadual penerbangan asal yang telah ditetapkan oleh pihak TH.
c) Perubahan tarikh penerbangan atau hotel akan dikenakan bayaran tambahan dan kadar bayaran bergantung kepada keadaan semasa.

MENARIK DIRI DARI PAKEJ MKM KE PJH LAIN/TH MUASSASAH
▪ Bakal JH yang telah membuat pengesahan penerimaan tawaran perkhidmatan haji pakej MKM tidak dibenarkan untuk menarik diri atau menyertai Pakej Haji syarikat lain.
▪ Jika Bakal JH menarik diri atau membatalkan pemergian ke Tanah Suci tanpa alasan munasabah setelah borang PJH MKMT di isi, pihak MKM akan mengenakan Bayaran Denda/Kos Operasi yang akan diputuskan kadarnya oleh pihak Lembaga Pengarah MKM.

adminmkm

Graphic/Web Designer

Hubungi!