Profil Syarikat

MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd (MKM) merupakan sebuah ejen pelancongan yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1,000,000.00. MKM adalah salah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan Visa Umrah dan juga mempunyai Lesen Haji daripada Tabung Haji atau disebut sebagai “Pengelola Jemaah Haji (PJH)” bagi menguruskan jemaah Haji Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada industri pelancongan di Malaysia, MKM dapat memenuhi segala permintaan serta kehendak pelanggan di pasaran terutamanya bagi mereka yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan, pakej-pakej lawatan serta pelancongan dan sebagainya. Sebagai salah sebuah syarikat 100% milikan bumiputra, MKM mempunyai potensi dan peluang untuk terus berkembang dan membangun pada masa hadapan terutamanya dalam bidang pengurusan Haji & Umrah.

VISI

Untuk menjadi sebuah syarikat ejen pelancongan yang bereputasi serta dipercayai hingga ke peringkat antarabangsa.

MISI

Sebagai sebuah syarikat ejen pelancongan yang sentiasa berkembang, MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat dan aspirasi syarikat. Kami berharap prestasi dan pencapaian kami akhirnya akan memenuhi objektif berikut:

  •  Untuk membantu meningkatkan kualiti dan standard pelancongan kepada orang ramai secara umum, dan meluaskan peluang pelancongan kepada masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana di dalam kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan khidmat pelancongan yang berpatutan.
  • Untuk menawarkan penginapan, perjalanan yang lancar serta pengurusan yang cekap dan perkhidmatan pelancongan pada harga yang berpatutan.
  • Untuk mempunyai kecekapan dan fleksibiliti yang dapat ditawarkan kepada pelanggan untuk membuat pilihan dan memilih alternatif yang sesuai dengan citarasa peribadi mereka.
  • Untuk meningkatkan perhubungan antara pelanggan dan pihak MKM Ticketing Travel & Tours agar dapat mewujudkan satu suasana harmoni disamping dapat membantu sektor pelancongan untuk terus maju kehadapan.

MOTO SYARIKAT

“Bersama Menuju Keredhaan Ilahi”