Pakej Umrah & Haji MKM 2018M/1438H

Hubungi kami lebih lanjut mengenai pakej-pakej terhebat MKM bagi tahun 2018.

Tn Hj Safuan 019 70000 79
Office 03 6279 0030

Isi butiran maklumat dengan lengkap.

UMRAH MENARA JAM

Setelah sekian lama meneliti dan mengkaji, secara umumnya kebanyakan jemaah Umrah terutamanya di Malaysia sering mengutamakan soal ‘jarak’ dan ‘harga’ bagi pakej-pakej umrah sedia ada. Oleh yang demikian, pihak syarikat berbincang dan mencari inisiatif bagi mengabungkan dua elemen penting diatas bagi memenuhi citarasa jemaah umrah yang ada di Malaysia. Gabungan dua elemen (jarak yang dekat & harga yang murah) ini bukanlah suatu yang mudah dalam menjadikan sesebuah pakej, tapi pihak syarikat mencuba sebaik mungkin demi membantu seluruh Jemaah Umrah di tanah air.Maka dengan ini terhasillah pakej ‘Umrah Menara Jam’. Semoga dengan usaha murni ini, pihak syarikat dapat membantu seluruh umat islam di tanah air menjejakkan kaki ke tanah suci dan dapat beribadah dengan sesungguh hati.

AL RAYHAAN MARWA ROTANA (+/-50M)

Terletak di barisan pertama pembangunan Abraj Al Bait Makkah, Al Marwa Rayhaan oleh Rotana – Makkah adalah sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang menawarkan 516 bilik dan suite yang dilengkapi dengan bilik mandi mewah dan reka bentuk moden yang melengkapi nilai-nilai budaya Arab kontemporari. Dengan semua bilik dan suite yang baru diubah suai dan diperbaharui dengan pemandangan suci yang unik di Masjid Al Haram dan Kaabah.
1
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12345678910

AL ASHRAK (+/-150M-300M)

Al Ashrak terletak di Madinah.Nikmati hari anda di hotel kami, jarak yang sangat dekat ke Masjid Nabawi. Luangkan waktu yang ceria di hotel ini. Bilik-bilik Al Ashrak dihiasi dengan sempurna untuk kemudahan anda. Di Al Ashrak, kami menggabungkan pelbagai makanan tempatan dan antarabangsa yang hebat.

PENERBANGAN TERUS

Menggunakan penerbangan terus MAS Airlines @ Saudi Airlines @ setaraf (KUL-JED-JED-KUL). Terdapat sebanyak 43 penerbangan sepanjang musim. 5 penerbangan setiap bulan sepanjang musim dan 13 penerbangan bagi musim cuti sekolah.

BAS BERHAWA DINGIN

Sepanjang program umrah ini, MKM telah menempah khas pengangkutan bas yang berhawa dingin dan amat selesa buat semua jemaah.Bas ini boleh memuatkan 30 sehingga 49 orang jemaah sahaja.

SAJIAN MAKANAN

Harga pakej Umrah Menara Jam adalah TERMASUK makan di Madinah sahaja. Adapun makanan di Makkah adalah pilihan jemaah.Pakej makanan di Makkah adalah pilihan jemaah. Pihak syarikat menyediakan pilihan pakej makan iaitu pakej KUPON dan pakej FULLBOARD. Di Madinah, jemaah akan makan 3x sehari di dewan makan hotel menggunakan catering yang telah disediakan oleh MKM Travel.

Pakej Kupon 
RM60/HARI (TASNEEM RESTAURANT).

Pakej Fullboard
RM150/HARI (MAKANAN ASIA DI HOTEL)
RM300/HARI (MAKANAN ANTARABANGSA DI HOTEL)

MUTAWWIF

Bagi setiap kumpulan, jemaah akan dibimbing oleh mutawwif@pembimbing agama MKM Travel. MKM Travel menyediakan khidmat mutawwif yang terlatih, berpengalaman, boleh berbahasa arab serta mempunyai latar belakang pengajian islam. Para mutawwif akan membantu jemaah di sepanjang Tanah Suci. Para Jemaah juga akan dibantu oleh pegawai syarikat MKM Travel yang bertugas di Makkah dan Madinah.

PROGRAM ZIARAH

Program ziarah ini menawarkan 6 kali ziarah iaitu 3 di MADINAH dan 3 di MAKKAH.(Tertakluk kepada terma & syarat).Sila rujuk pada gambar lokasi-lokasi ziarah menarik yang disediakan.

ZIARAH TAMBAHAN

Jemaah juga ditawarkan program ziarah tambahan dengan harga yang berpatutan.Lokasi yang menjadi tumpuan adalah KOTA TAIF, MADAIN SOLEH & CRUISE LAUT MERAH.

CENDERAHATI & VISA UMRAH

Jemaah juga diberikan cenderahati seperti : Bag Pakaian, Bag Sandang, Bag Bimbit, Bag Kasut, Buku Panduan Umrah, Air Zam-Zam 5 Liter.
Visa Umrah adalah TERMASUK bagi pakej umrah ini.

Ayuh! Mulakan Perjalanan anda dengan Pakej Umrah Menara Jam MKM TRAVEL! Jadikan perjalanan ini sebagai penyucian jiwa yang paling bermakna.Insya'allah!
Mari mendaftar sekarang!

Tarikh cadangan

Letter Of Consent

Flyer

Borang Maklumbalas Umrah Menara Jam

Sila isi maklumat yang diberikan.Pihak pengurusan MKM Travel akan menghubungi anda dengan kadar yang segera.


Hotline Umrah

0197000076 Hj. helmi

0122229682 Ustaz Mohamad

Hubungi!